IQNA

Kisah penulis slogan anti-kolonial yang menjadi penulis kaligrafi kain Ka'bah + Gambar

9:57 - September 21, 2021
Berita ID: 3100162
TEHRAN (IQNA)-"Masad Khudair" yang dikenali sebagai Khudair Al-Bursaidi adalah seorang kaligrafi Mesir yang sangat mahir dan terkenal di dunia kontemporari kerana menulis kaligrafi atas kain Ka’bah dan penulisan Al-Quran.

Menurut IQNA; Masad Khudair dilahirkan di Port Said, Mesir pada tahun 1947 dan membesar dalam keadaan sukar kerana penjajahan Inggeris. Dia adalah orang pertama yang menulis slogan-slogan anti kolonial Inggeris menggunakan batu kapur pada dinding dan jalanan, dan semangat perlawanan nasional adalah permulaan minatnya terhadap seni kaligrafi Arab.

Masad Khudair yang dikenali sebagai Khudair al-Bursaidi dilahirkan di Port Said, adalah salah seorang pelopor kaligrafi Arab kontemporari yang dijuluki sebagai Sheikh kaligrafi Mesir.

Pada usia 10 tahun, Masad Khudair mula menulis risalah dan iklan di kedai dengan kedua tangannya pada masa yang sama Khudair terkenal sebagai pelukis kaligrafi pada kain Ka’bah serta penulisan Al-Quran untuk siaran televisyen.

Penulis Kaligrafi Mesir ini memenangi Anugerah Kaligrafi Arab Kufah pada tahun 1995 dan pada tahun 1996 memenangi pingat emas di Festival Antarabangsa Kazemeh di Kuwait. Pada tahun yang sama, dia juga memenangkan Islamic Art Award di China, dan pada tahun 2014, dia mendapat penghormatan dari penguasa Sharjah.

Ogos lalu, Masad Khudair menyumbangkan koleksi lukisan kaligrafi yang berharga dan langka, termasuk 30 lukisan, ke Perpustakaan Alexandria, Mesir.

 
خضیر البورسعیدی؛ از پیشگامان خوشنویسی عربی و خطاط پرده خانه خدا + عکس
 
خضیر البورسعیدی؛ از پیشگامان خوشنویسی عربی و خطاط پرده خانه خدا + عکس

https://iqna.ir/fa/news/3998453

captcha