IQNA

Program Khatam Al-Quran Internet pada Perhimpunan Arbaeen Huseini oleh wilayah Alavi + link web

6:53 - September 23, 2021
Berita ID: 3100177
TEHRAN (IQNA) - Pusat Al-Quran wilayah Moqaddas Alavi telah menyediakan sistem untuk mengkhatam Al-Quran dalam talian semasa ziarah Arbaeen Huseini.

Menurut IQNA, mengutip berita laman web Al-Imam Ali (as), Ahmad Al-Najafi, pengarah Pusat Al-Quran wilayah Alavi, mengumumkan: Aplikasi "khatam al-Quran internet" ini dilancarkan dengan tujuan menyebarkan budaya Al-Quran dengan memanfaatkan teknologi dan menggunakannya dalam karya-karya yang berguna untuk dunia dan akhirat, dan sebilangan besar orang di pelbagai belahan dunia yang ziarah dapat mengambil bahagian aktiv di dalamnya.

Mengenai mekanisme laman web ini, dia berkata: "Al-Quran telah dibahagikan kepada pelbagai bentuk, yang meliputi pembagian berdasarkan muka surah, juzuk, hizb, dan bagian yang sudah dibaca dipisahkan dari yang belum." Laman web ini mengandungi fail audio bacaan dengan suara para Qari hebat dunia, dan peserta dalam projek ini dapat memilih masing-masing berdasarkan keinginannya untuk membaca Al-Quran dengan betul.

Al-Najafi juga menjelaskan tentang warna yang digunakan di laman web ini: Warna hijau menunjukkan bahagian yang belum dibaca dan ketika diklik di atasnya, ia menjadi merah, menunjukkan sudah dibaca. Oleh itu, sesiapa yang tidak bersedia membaca Al-Quran tidak boleh mengklik butang ini. Setelah selesai membaca Al-Quran, peserta akan mendapat hadiah khatam Al-Quran, lalu akan dipindahkan ke pengkhatam yang baru.

Mereka yang berminat untuk mengikuti bacaan khatam Al-Quran ini boleh memohon melalui pautan berikut:
https://quran.imamali.net/khatma

3999124

captcha