IQNA

Peluang untuk kembali

7:19 - May 16, 2022
Berita ID: 3101078
TEHRAN (IQNA) - Manusia melakukan banyak perkara baik dan buruk, kecil dan besar, semasa hidupnya, dan ramai daripada mereka tidak memberi perhatian kepada penilaiannya, kesannya dan akibatnya. Tetapi menurut prinsip "Ma'ad" atau hari kebangkitan kembali setelah hari Kiamat nya kehidupan duniawi ini, manusia suatu hari nanti melihat perbuatannya dan akan dihakimi. Dalam kes ini, kerja akan menjadi sukar bagi mereka yang telah melakukan banyak kesilapan.

Laporan IQNA; Isu menghitung amalan diri, merupakan salah satu isu penting yang telah dibincangkan dalam ayat dan hadis. Al-Quran telah berulang kali menegaskan bahawa perbuatan dan tingkah laku manusia dinilai dan akan dimintai pertanggungjawapannya selepas kematian di mahkamah Ilahi.

Dia akan diberi pahala atau dihukum walaupun sekecil-kecil perbuatan baik atau buruk yang telah dia lakukan: Surah Zalzalah menjelaskan gambaran nyata prosedur hari kiamat dan masalah akibat amal manusia:

إِذَا زُلۡزِلَتِ ٱلۡأَرۡضُ زِلۡزَالَهَا 

"Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya",

 وَأَخۡرَجَتِ ٱلۡأَرۡضُ أَثۡقَالَهَا 

"Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya",

 وَقَالَ ٱلۡإِنسَٰنُ مَا لَهَا 

"Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?"

 يَوۡمَئِذٖ تُحَدِّثُ أَخۡبَارَهَا 

 "Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya":

 بِأَنَّ رَبَّكَ أَوۡحَىٰ لَهَا 

"Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian)".

 يَوۡمَئِذٖ يَصۡدُرُ ٱلنَّاسُ أَشۡتَاتٗا لِّيُرَوۡاْ أَعۡمَٰلَهُمۡ 

"Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka".

 فَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ خَيۡرٗا يَرَهُۥ 

"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

 وَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٖ شَرّٗا يَرَهُۥ 

"Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)"!

(Qs, Az-Zalzalah 99:1- 8)

Sudah tentu, tidaklah seseorang itu menunggu kematian untuk melihat senarai perbuatan baik dan buruknya, mendapat ganjaran atau hukuman. Sebaliknya, manusia boleh mengira dan menjaga tindakan dan tingkah lakunya sejak di dunia ini. Al-Quran menganjurkan ini:

اقْرَأْ کِتابَكَ کَفی‌ بِنَفْسِكَ الْیَوْمَ عَلَیْكَ حَسیباً

"(Lalu Kami perintahkan kepadanya): "Bacalah Kitab (suratan amalmu), cukuplah engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu (tentang segala yang telah engkau lakukan)". (Qs, Al-Israa' 17:14).

Mereka yang ingin mengawal tingkah laku dan percakapan mereka di dunia ini dan mengira tindakan mereka boleh melakukan empat langkah ini:

Langkah pertama ialah bertaruh atau meletakan syarat untuk dirinya; Maksudnya, apabila seseorang itu bangun, dia bertaruh atau berjanji dengan dirinya bahawa dia tidak akan melakukan dosa pada hari itu.

Langkah kedua ialah penjagaan; Iaitu hendaklah menjaga diri dan perbuatannya di hari itu agar tidak melakukan dosa.

Langkah ketiga ialah pengiraan; Iaitu, pada penghujung malam, dia harus menyemak kerjanya, berapa banyak dia telah melaksanakan tugasnya dan berapa kelalaiannya.

Dan langkah keempat ialah menghukum. Maksudnya, jika seseorang itu melakukan kesalahan pada hari itu, dia menghukum dirinya untuk mendapat perbaikan amal, contohnya berpuasa atau menolong seseorang atau berbuat kebajikan, atau jika dia merugikan hak seseorang, dia meminta maaf pada orangnya dan memohon ampun kepada Allah serta usaha untuk diberi ganti ruginya.

Dalam hal ini, sebelum tindakan dan tingkah lakunya dikira dan dinilai oleh mahkamah Ilahi pada hari Ma'ad, manusia menilai dirinya terlebih dahulu untuk mengimbangi kelakuan buruknya dan mencegah pengulangan kelakuan buruk itu di ketika masih hidup di dunia ini, itu dapat meringankan beban pengadilan diri di hari akhirat nanti.

captcha