IQNA

Apa kata Al-Quran / 27

Kedudukan yang diperoleh dengan memberi apa yang kita cintai

5:59 - August 29, 2022
Berita ID: 3101442
TEHRAN (IQNA) - Ayat Al-Infaq menyatakan bahawa untuk mencapai kedudukan orang yang baik atau berkebajikan -البرّ , kita hendaklah melepaskan apa yang kita cintai dan menginfaqkannya. Sedekah infaq dari harta yang lebih disayangi, memberikan darjat yang lebih tinggi kepada seseorang.

Laporan IQNA; Infaq - memberi sesuatu kepada orang yang memerlukan - oleh itu memberi sesuatu kepada orang yang tidak memerlukan tidak disebut infaq atau memberi sesuatu yang tidak dapat memberi faedah juga tidak memenuhi syarat berinfaq, infaq dikhususkan untuk mencapai kedudukan sebagai hamba Allah yang baik - atau berkebajikan-البرّ , kita mesti memberikan apa yang kita cintai kepada mereka yang memerlukan. Sedekah barang yang lebih kita suka, memberikan darjat yang lebih tinggi kepada seseorang. البرّ - al-Berr adalah satu maqam hamba yang tinggi di sisi Allah swt. tidak mencapainya kecuali dengan berinfaq sesuatu yang paling dicintai.

Infaq dalam istilah bermaksud memberi sesuatu dari harta seseorang kepada orang yang memerlukan.

Infaq berbeza dengan "memberi" kerana dalam Infaq, hak milik objek yang didermakan akan dipindahkan dan objek itu sangat diperlukan baik oleh yang memberi mahupun oleh orang yang diberi; Tetapi ini tidak semestinya berlaku dalam "memberi". Memberi boleh jadi pihak yang diberi tidak memerlukannya, dan yang memberi juga tidak lagi suka dengan barang yang diberi, pemberian barang semacam ini tidak akan mencapaikan ke maqam "Kebajikan" البرّ- .

«بِرّ» Berr - adalah salah satu perkataan Al-Quran yang merujuk kepada kebajikan sedekah infaq dan menyebarkannya. "Berr" juga merupakan kedudukan yang unggul dan tinggi yang dijanjikan kepada manusia, yang boleh dicapai dengan memerhatikan satu set perbuatan baik.

Dalam beberapa hadis, «بِرّ» telah ditafsirkan sebagai kedudukan orang yang paling layak di sisi Allah, di mana Ahlul-Bayt (as) adalah contoh pemilik maqam ini.

Tetapi bagaimana mendapat maqam ini?

Allah berfirman dalam Surah A-li-Imran:

لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّى تُنْفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ

"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya." (Qs, A-li'Imraan 3:92).

Menurut Allamah Tabatabai (seorang ulama tafsir Al-Quran kontemporari), kepentingan memberi dari apa yang dicintai oleh individu manusia dan peranannya dalam mencapai status manusia mulia adalah kerana, berdasarkan nalurinya, manusia mempunyai keterikatan hati kepada mengumpul harta, dan kebanyakan manusia memandang kekayaan adalah sebahagian daripada kepentingan kehidupannya, bahkan dianggap ia adalah hidupnya.

Muhsen Qaraati, dalam Tafsir Noor, telah menyenaraikan beberapa mesej ayat ini seperti berikut:
1. Satu-satunya cara untuk mencapai maqam kebajikan adalah dengan ikhlas memberi dari apa perkara yang sangat digimari.

2. Dalam Islam, tujuan memberi bukan sahaja membasmi kemiskinan, tetapi juga memajukan pemberi dengan mencabut kecintaan terhadap perkara-perkara khayalan dan memekarkan semangat kemurahan hati adalah salah satu kesan amal yang paling penting bagi penderma.

3. Terpaut cinta dengan dunia adalah punca hilangnya status kehambaan insan di sisi Allah swt.

4. Kebahagiaan individu terletak dalam naungan kebajikan sosial dan kedermawanannya.

5. Perkara baik yang paling disayang manusia ialah "nyawa". Maka para syuhada yang menyerahkan nyawanya di jalan Allah akan mencapai kedudukan tertinggi - البرّ - Kebajikan.

Berita Berkaitan
captcha