IQNA

Apa kata Al-Quran / 7

Pandangan Al-Quran tentang penguasaan orang lain ke atas umat Islam

9:44 - June 09, 2022
Berita ID: 3101148
TEHRAN (IQNA) - Hari ini, antara masalah terbesar masyarakat Islam ialah penguasaan kuasa bukan Islam ke atas mereka, yang kadangkala membawa kepada sekatan dan larangan dalam pelaksanaan syariat Islam hingga pelaksanaan Ibadah. Tetapi apa yang Al-Quran katakan tentang ini?

Laporan IQNA;

Agama Islam menghormati penganut agama lain, namun begitu mengehadkan hubungan intim dan emosi umat Islam dengan penganut agama lain atas paksi keimanan dan ketakwaan. Terdapat banyak ayat dalam Al-Quran yang melarang umat Islam daripada menerima naungan penganut agama lain.

Allah telah memperingatkan umat Islam agar menjaga maruah dan kemerdekaan dalam semua bidang kehidupan, termasuk ekonomi, budaya dan politik, dan tidak mencari maruah dan kemerdekaan ini dalam persahabatan dengan musuh Islam.

Sebaliknya, mereka harus bergantung kepada Tuhan dalam semua bidang, yang merupakan sumber segala penghormatan.

Salah satu ayat yang merujuk kepada isu ini dikenali sebagai ayat - نفی سبیل - "Nafi Sabiil“ - Menolak penguasa bukan Islam atas umat Islam” yang bermaksud Menutup jalan penguasa kafir untuk berkuasa atas kaum muslimin, adalah peraturan Islam yang tidak membenarkan sebarang penguasaan orang kafir ke atas umat Islam dalam apa jua bidang termasuk politik, sosial, budaya, ekonomi dan ketenteraan.

وَلَنْ يَجْعَلَ اللَّهُ لِلْكَافِرِينَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ سَبِيلًا

"Dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk berkuasa atas orang-orang yang beriman." (Qs, An-Nisaa' 4:141).

Ungkapan ; -«و لن یجعل الله الکافرین علی المومنین سبیلا» - "dan Allah tidak akan memberi orang-orang kafir berkuasa atas orang-orang beriman" di akhir ayat ini menyebut konsep - menafikan jalan bagi orang kafir- adalah sebagai kaedah peraturan fiqih atau perundangan Islam. Para fuqaha dalam pelbagai masalah fiqh, membuktikan ketiadaan penguasaan orang-orang kafir terhadap orang beriman dengan merujuk pada kalimah «لَنْ يَجْعَلَ اللَّهُ» - Allah tidak akan menjadikan - Sudah tentu tidak ada halangan untuk mengembara dan mendapatkan maklumat, pendidikan, dan pertukaran budaya dan ekonomi, jika ia tidak menyebabkan penguasaan orang kafir dan kehinaan orang beriman. Kerana dalam sebuah hadis daripada Nabi saw ada menyatakan:
«اطلبوا العلم ولو بالصين» uthlubuul ilma walau bisin -

"Carilah Ilmu walau merantau hingga ke negri Cina".(KRH; Wasailul Syiah: jilid 27, ms 27).

Muhsen Qaraati dalam Tafsir Nur, dalam menjelaskan ayat ini, mengatakan: Al-Quran menyebut kemenangan umat Islam dengan perkataan "«فتح»" - "Pembukaan' dan kemenangan orang kafir dengan perkataan «نصیب» "Nasib". Mungkin untuk menyedari bahawa kemakmuran orang kafir itu sekejap sahaja dan kemenangan yang sesungguhnya itu adalah bersama kebenaran.

* Rujukan kepada Cina adalah metafora untuk perbezaan jarak dan budaya.

Berita Berkaitan
captcha